USD Terus Kritikal Menjelang Mesyuarat Polisi FOMC

729

US dolar terus didagangkan lebih rendah ketika sentimen pasaran yang positif terus menyokong dagangan matawang utama pada sesi pasaran hari ini, disokong oleh data ekonomi China yang memberangsangkan dan perkembangan positif mengenai vaksin Covid-19.

Data ekonomi yang menunjukkan hasil perindustrian China mencatatkan peningkatan terbesar dalam tempoh 8 bulan pada Ogos dan penjualan runcit yang meningkat untuk pertama kali tahun ini telah menyokong dagangan matawang Asia.

Dolar Aussie dan dolar kiwi masing-masing telah mencatatkan peningkatan sebanyak 0.4% berbanding US dolar.

Dolar Aussie menokok lebih tinggi setelah penerbitan laporan minit mesyuarat oleh Reserve Bank of Australia (RBA) yang menunjukkan indikasi bahawa kadar faedah akan kekal di tahap terendah 0.25%.

Dolar Kanada pula diniagakan meningkat di tengah-tengah penurunan harga minyak mentah yang didorong oleh unjuran lemah OPEC.

Sementara pound sterling pula mempamerkan peningkatan sederhana dengan menghampiri paras ketinggian harian 1.29000 berbanding US dolar ketika ketidakpastian Brexit terus menekan dagangan matawang itu.

Pasaran di sesi Eropah hari ini telah diperlihatkan dengan bacaan kadar pengangguran UK yang meningkat pada bulan Julai walaupun sekatan coronavirus telah diangkat. Pasaran kini bimbang bacaan ini akan meningkat lebih tinggi berikutan program kerajaan skim ‘furlough’ akan berakhir pada Oktober.

Selain itu, euro terus didagangkan menguat berikutan masih disokong oleh kenyataan positif Bank Pusat Eropah (ECB) pada minggu lalu dan kelemahan matawang US dolar.

Dolar greenback didagangkan susut pada 92.89 berbanding kebanyakan matawang utama dengan tumpuan pasaran kini disasarkan kepada mesyuarat polisi FOMC pada awal pagi Khamis.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat