Kadar Pengangguran UK Meningkat Paling Tinggi Sejak 2018

345

Kadar pengangguran UK dilaporkan meningkat pada bulan Julai walaupun ketika sebahagian besar daripada aktiviti ekonomi Britain telah dibuka semula daripada sekatan coronavirus.

Data rasmi daripada Pejabat Statistik Negara (ONS) menunjukkan kadar pengangguran UK meningkat pada 4.1% dalam tempoh tiga bulan hingga Julai daripada 3.9% yang dicatatkan pada bulan sebelumnya.

Ini merupakan kadar pengangguran tertinggi yang pernah direkodkan sejak Oktober 2018, disebabkan krisis pandemik coronavirus yang melanda pasaran buruh.

Secara keseluruhan, kira-kira 695,000 orang telah kehilangan pekerjaaan sejak Mac, ketika negara memasuki fasa sekatan Covid-19. Sementara jumlah tuntutan faedah pengangguran pula meningkat kepada 2.7 juta, peningkatan 121% sejak Mac.

Menurut ONS, peningkatan pada suku ini didorong oleh peningkatan pengangguran daripada golongan belia yang berusia antara 18 hingga 24 tahun dan mereka yang sudah menganggur lebih 6 bulan.

Kerajaan UK kini berdepan tekanan untuk melanjutkan skim ‘furlough’ seperti yang dilakukan oleh negara Eropah lain disebabkan ekonomi yang menunjukkan penguncupan terbesar.

Kadar pengangguran dijangka meningkat lebih tinggi dalam beberapa bulan akan datang memandangkan skim tersebut akan berakhir pada bulan Oktober.

Selain itu, risiko no-deal Brexit yang kembali meningkat susulan tindakan Perdana Menteri Boris Johnson yang ingin mengubah perjanjian pengunduran Brexit turut menekan ekonomi Britain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat