USD Terus Mendaki, Apa Dah Jadi?

1,438

US dolar kembali melanjutkan pengukuhan pada sesi Eropah setelah mempamerkan pergerakan mendatar ketika sesi terdahulu.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback didagangkan meningkat pada sekitar paras harga 101.00 berbanding kebanyakan mata wang utama.

Sementara itu, yen jatuh lebih jauh menghampiri paras harga 142.00, walaupun selepas data menunjukkan inflasi teras seluruh Jepun meningkat 3.3% pada bulan Jun.

Ia adalah sejajar dengan jangkaan pasaran, tetapi kekal di atas sasaran Bank of Japan (BOJ) pada 2%.

Faktor utama yang menyebabkan kejatuhan itu adalah laporan yang menyatakan bahawa BOJ mungkin akan kekal meneruskan pendekatan dasarnya yang longgar pada mesyuarat minggu depan.

Dalam pada itu, dolar Aussie dan New Zealand juga susut lebih rendah, dengan masing-masing tergelincir pada sekitar harga 0.6750 dan 0.6195 berbanding greenback.

Bagaimanapun, euro dilihat tidak banyak berubah dengan harga dilihat bergerak stabil pada sekitar 1.1130 berbanding US dolar.

Pound pula sedikit tergelincir, gagal memanfaatkan bacaan data jualan runcit UK yang lebih baik daripada jangkaan pasaran pada bulan Jun.

Mesyuarat dari tiga bank pusat akan menghiasi dagangan pada minggu depan, di mana keputusan Federal Reserve (Fed) akan dijadikan tumpuan utama pelabur.

Buat masa ini, pelabur masih melihat jangkaan untuk kenaikan kadar faedah sebanyak 25 mata asas, namun tidak pasti sama ada Fed akan melaksanakan satu lagi peningkatan selepas itu.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat