USD ‘Tidur’ Lepas Penat Mengamuk

466

Sesi pasaran Eropah menyaksikan US dolar sedikit berundur dari puncak tertinggi 3 bulan ketika pasaran menantikan lebih banyak data ekonomi untuk dijadikan petunjuk kepada dasar Federal Reserve (Fed).

Mata wang gergasi itu sebelum ini mendapat dorongan daripada kenyataan Pengerusi Fed Jerome Powell mengenai kemungkinan kadar faedah akan naik lebih tinggi.

Ia juga mendorong jangkaan untuk kenaikan kadar sebanyak 50 mata asas pada pertemuan mereka 2 minggu lagi.

Bagaimanapun, pada hari kedua keterangan di hadapan Kongres, ketua bank pusat itu mengatakan Fed masih tidak membuat apa-apa keputusan untuk mesyuarat bulan ini, dan ia akan bergantung kepada data yang bakal diterbitkan.

Pelabur kini menumpukan perhatian kepada terbitan data tuntutan pengangguran Amerika Syarikat sebagai petunjuk laporan NFP.

Terdahulu, pelabur telah diperlihatkan dengan keluaran data pekerjaan ADP AS yang menunjukkan pertambahan lebih kukuh dalam pekerjaan sektor swasta.

Ini sekali gus menonjolkan lagi kekuatan pasaran buruh di negara itu dan memberi gambaran bacaan NFP mungkin lebih baik daripada jangkaan.

Berbanding sekumpulan mata wang utama, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback didagangkan sedikit susut pada 105.38.

Euro dan pound dilihat mengurangkan sedikit kerugian tetapi masih didagangkan di sekitar paras terendah 2 bulan dan 4 bulan berbanding US dolar.

Sementara, dolar Aussie dan New Zealand pula berlegar di sekitar di paras terlemah 4 bulan selepas data inflasi tahunan China menunjukkan bacaan lebih rendah daripada jangkaan pada bulan Februari.

Berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai pasaran mata wang? Jom sertai komuniti kami. Klik di sini untuk join.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat