USD Yang Tenang Jangan Disangka Tidak Berombak

261

Pasaran terus memaparkan pergerakan yang terhad ketika pelabur menantikan data utama daripada Amerika Syarikat bagi menentukan hala tuju seterusnya dalam penetapan kadar oleh Federal Reserve (Fed).

Setelah diperlihatkan dengan data yang kurang memberangsangkan pada Isnin, pelabur kini mengalihkan tumpuan kepada terbitan laporan pertumbuhan ekonomi AS untuk suku ketiga dan perbelanjaan pengguna peribadi (PCE).

Terdahulu, kedua-dua sektor pembuatan dan perkhidmatan AS berada dalam penguncupan pada bulan Oktober, menyaksikan aktiviti perkilangan merosot ke paras terlemah sejak Jun 2020.

Sementara sektor perkhidmatan pula turut mencatat penguncupan selepas pembekal perkhidmatan melaporkan penurunan keluaran kedua terbesar dalam tempoh hampir dua setengah tahun.

Ini membuatkan dagangan US dolar terus suram, menyaksikan indeks dolar kekal lebih rendah pada 112 berbanding kebanyakan mata wang utama pada sesi Eropah.

Selain itu, pound didagangkan meningkat di tengah-tengah harapan pelabur yang meningkat bahawa pelantikan Rishi Sunak sebagai Perdana Menteri baru UK akan membawa sinar baru buat ekonomi dan pasaran negara itu.

Dagangan mata wang yen pula mendatar susulan campur tangan kedua oleh Jepun ke dalam pasaran mata wang asing pada akhir minggu lalu.

Sementara itu, euro cuba mempertahankan keuntungan yang diraih daripada kemerosotan US dolar, di samping turut mendapat sokongan daripada laporan tinjauan perniagaan Ifo Jerman yang dilihat lebih baik daripada jangkaan.

Di sisi lain, dolar Aussie dan New Zealand didagangkan stabil dengan pelabur kini memberi perhatian kepada data inflasi Australia yang akan dikeluarkan pada sesi Asia esok (Rabu).

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat