USDCAD Analisa Fundamental Harian 12 Mei 2016

32

Dollar CAD terus jatuh untuk hari kedua Rabu semalam, lebih 100 pips untuk ke paras terendah harian sekitar C$1.2830 sebelum menutup sekitar paras C$1.2850; setelah harga minyak yang kembali pulih memberikan sokongan belian untuk Loonie. Pada masa yang sama, jangkaan masa kenaikan kadar AS yang masih tidak menentu menyebabkan Dollar kehilangan sokongan belian.  Indeks Dollar jatuh lebih 55 mata semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar 93.60 mata sebelum menutup sekitar paras 93.80 mata.

Harga minyak mentah terus memacu naik Rabu semalam, selepas aktiviti pengambilan untung berhenti dan pelabur kembali memasuki pasaran dengan harapan harga akan terus melonjak, kesan dari kebakaran di wilayah pengeluar minyak Alberta, Kanada.  Kebakaran itu yang menghentikan pengeluaran lebih 1 juta tong minyak Kanada sehari, meredakan kebimbangan pelabur terhadap lebihan bekalan global dan menambah keyakinan terhadap kestabilan harga minyak.

Namun pada masa yang sama, penganalisis melihat faktor kebakaran tersebut adalah bersifat sementara.  Dengan beberapa pengeluar minyak syal Kanada yang dilaporkan sudah mula mengatur persediaan untuk beroperasi selepas kebakaran Fort McMurray, bekalan akan kembali normal dan kenaikan harga mungkin akan dihadkan; sekaligus mengekang kenaikan nilai Loonie.

Hari ini Amerika Syarikat bakal melaporkan tuntutan pengangguran yang dijangka meningkat dari 274 ribu kepada 277 ribu pemohon, dan Kanada pula bakal melaporkan indeks harga perumahan baru yang dijangka meningkat dari 0.2% kepada 0.3%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat