Dollar CAD berada dalam dagangan bergelombang Selasa semalam, dengan pergerakan sekitar 125 pips dari paras tertinggi harian sekitar 1.3080 ke serendah 1.2955, walaupun menutup lebih tinggi dari pembukaan; ekoran aktiviti pengambilan untung jualan dan para pedagang yang cuba untuk mentafsirkan semula ucapan pegawai Feds AS.
Nasib loonie amat terikat kepada prospek bagi minyak mentah, kerana blok tenaga tersebut bertanggungjawab untuk menjana lebih 6% daripada GDP Kanada dan 14% daripada jumlah nilai eksport. Minyak mentah West Texas Intermediate (crude) merupakan petunjuk pasaran Amerika Utara. Harga minyak telah jatuh sebanyak 50% sejak awal tahun 2015; sekaligus mengheret turun nilai loonie.
[adrotate group=”6″]
Dolar AS berada di bawah tekanan baru apabila kadar tukaran USD/CAD dilihat menghampiri paras terendah dalam masa sepuluh minggu; bertukar tangan pada kira-kira 1.2920 dan di bawah paras psikologi penting – 1.30. Para pedagang telah mengurangkan pendedahan kepada dolar AS, sejak NFP pada September lalu yang mengecewakan dan hanya beberapa minit FOMC yang agak dovish, sekaligus membawa kepada pembetulan luas pada ‘pair’ dolar AS.