USDCAD Analisa Fundamental Harian 15 April 2016

34

Dollar CAD berada dalam dagangan bercampur-campur Khamis semalam, turun naik dari paras tertinggi harian sekitar C$1.2895 ke serendah C$1.2780, sebelum menutup sekitar paras C$1.1285; setelah Dollar AS mendapat momentum dan harga minyak kekal stabil menjelang pertemuan besar OPEC pada Ahad ini. Bloomberg melaporkan bahawa matawang AS mengatasi 13 daripada 16 matawang utama, selepas beberapa bank pusat telah mengambil langkah-langkah untuk menghalang kenaikan matawang mereka.

Di Asia, pihak berkuasa Kewangan Singapura tidak disangka-sangka telah berpindah ke dasar neutral dengan kenaikan nilai sifar dalam kadar pertukaran selepas pertumbuhan ekonominya terhenti. Bank of Canada pula memberi amaran bahawa kenaikan Lonnie sebanyak lebih daripada 10% sejak pertengahan Januari lalu, mulai mengancam pertumbuhan ekonomi.

[adrotate group=”6″]

Dalam pada itu, pegawai Bank of Japan telah meningkatkan retorik mereka selepas nilai Yen mencecah 17 bulan tertinggi. Nilai Loonie banyak dipengaruhi oleh harga minyak. Terdahulu semalam, agensi berita Interfax Rusia melaporkan bahawa perjanjian dengan Arab Saudi untuk membekukan pengeluaran minyak tidak memerlukan pematuhan Iran.

Hari ini Kanada bakal melaporkan data jualan sektor perkilangan bulan Februari yang dijangka turun dari 2.3% kepada -1.4%; manakala Amerika Syarikat pula bakal melaporkan data inflasi yang dijangka naik dari -0.2% kepada 0.2% dan tuntutan bantuan pengangguran yang dijangka bertambah dari 267 ribu kepada 270 pemohon.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat