USDCAD Analisa Fundamental Harian 18 Sep 2015

38

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-005

Dollar CAD berada dalam dagangan bercampur-campur Khamis semalam, apabila jatuh lebih 125 pips untuk mencapai paras terendah harian sekitar 1.3075 dan sejam kemudian memacu naik untuk menutup sekitar paras 1.3180, lebih tinggi dari pembukaan sekitar 1.3170.

Sebelum daripada itu dolar berada dalam momentum negatif, selepas indeks harga pengguna AS jatuh 0.1% – indeks negatif yang pertama sejak Januari. Untuk beberapa bulan kebelakangan ini keputusan kadar Feds pada September telah ditandakan sebagai tarikh yang Federal Reserve AS akan mengakhiri kadar sifar dan melaksanakan kenaikan kadar pertama selepas lebih satu dekad.

[adrotate group=”6″]

Walau bagaimanapun, turun naik dalam pasaran telah baru-baru ini terutamanya selepas susut nilai yuan China telah merubah keadaan. Angka ekonomi AS mewajarkan kenaikan kadar, terutama dengan kadar pengangguran pada 5.1% – paras terendah sejak April 2008.  Tetapi Feds dikenali sebagai sangat sensitif kepada sentimen pasaran kewangan.

Ternyata jika kenaikan kadar pada masa masa ini, boleh menyalakan semula panik dan mengheret pasaran ke bawah, Fed akan lebih suka melengahkan keputusannya. Menaikkan kadar ketika pasaran masih bergelora, bukanlah masa yang optimum untuk berbuat demikian. Federal Reserve AS semalam dalam mesyuarat FOMC telah mengekalkan kadar sedia ada, dan para penganalisis melihat tiada kenaikan sehingga Disember atau awal 2016.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat