USDCAD Analisa Fundamental Harian 19 Jan 2015

39

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-012

Dollar CAD memacu naik lagi Jumaat lepas, untuk memecahkan paras tertinggi Khamis, sekaligus membuat paras tertinggi baru, sekitar 1.2050, untuk 12 bulan lepas.  Walaupun harga minyak dan emas secara umum meningkat minggu lepas, ini tidak banyak membantu sokongan terhadap “loonie”.  Minggu lalu, para pelabur dan pengurus dana dilihat mula mengambil untung dari belian Dollar apabila data ekonomi Amerika Syarikat kebanyakannya keluar meleset dari jangkaan.

Jualan runcit yang merosot, pemohon bantuan penganggur yang meningkat dan indeks harga pengguna yang menyusut; semuanya menandakan ekonomi Amerika yang mungkin tidaklah sebaik yang disangkakan.  Jualan runcit jatuh 1.3%, penganggur baru meningkat 6.3% dan CPI tahunan susut 0.5%, dalam laporan ekonomi Amerika Syarikat minggu lepas; sekaligus mendorong belian emas dan menstabilkan harga minyak.  Keadaan ini juga dilihat bakal mendorong Feds untuk melewatkan kenaikan “interest rate”.

Hari ini, dengan ketiadaan sebarang data ekonomi yang bakal dilaporkan dari kedua-dua negara, pasaran dijangka berada dalam dagangan tipis dan “ranging”.  Para pelabur dilihat lebih berminat dengan strategi “buy-on-dip”.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat