USDCAD Analisa Fundamental Harian 21 Jan 2015

36

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-014

Para pelabur dilihat terus membeli Dollar dan menjual “Loonie” Selasa semalam, apabila kadar tukaran USD|CAD meningkat hampir 180 mata untuk mencapai paras tertinggi sekitar 1.2115, apabila pasaran diberitakan membuat spekulasi bahawa Bank of Canada bakal mengurangkan “interest rate” nya pada kenyataan mesyuarat malam ini, ekoran harga minyak mentah yang telah merudum sejak 6 bulan lalu.

Minyak mentah juga kembali jatuh ke serendah $46.30 setong, pada lewat petang sesi dagangan New York Selasa semalam.  Kejatuhan harga minyak mentah yang merupakan antara eksport Kanada yang terbesar, telah menyebabkan “loonie” juga terkesan dari kejatuhan tersebut.  Keengganan OPEC mengurangkan pengeluaran, tambah memburukkan lagi keadaan.

Arab Saudi yang mengetuai OPEC, dalam satu kenyataan mengatakan, sebarang pengurangan pengeluaran, hanya akan mengurangkan kuasa pasaran anggota OPEC.  Mohammad Al Sabban, bekas penasihat menteri minyak Saudi dalam satu temuramah dengan BBC mengatakan, Arab Saudi boleh bertahan dengan kejatuhan harga minyak selama 8 tahun.  Iran pula dalam satu kenyataan mengatakan, mereka tiada masalah sekalipun minyak jatuh ke serendah $25 setong.

Hari ini pasaran bakal memberi perhatian, kepada sidang akhbar Bank of Canada dan laporan data ekonomi “building permits” serta “housing starts” Amerika Syarikat, malam nanti.  Pasaran dijangka terus memilih strategi “buy-on-dip”.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat