USDCAD Analisa Fundamental Harian 23 Feb 2015

38

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-011

Dollar CAD yang jatuh 70 pips sepanjang sesi Asia, melonjak semula lebih 140 pips untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.2565, sebelum menutup pada sekitar 1.2535; selepas data “manufacturing PMI” Amerika Syarikat dilaporkan lebih baik dari jangkaan, 54.3 berbanding 53.6  Jumaat lalu.  Ketika ini nilai tukaran USD|CAD banyak bergantung kepada kestabilan harga minyak mentah.  Jumaat lalu, minyak mentah kembali jatuh, walaupun demikian masih bertahan di atas $50 setong.

Kekuatan “loonie” telah merencatkan industri otomotif Kanada selama lebih 10 tahun, tetapi kejatuhan nilai tukaran USD|CAD ke paras terendah dalam masa 6 tahun, belum boleh menarik pelabur untuk membuat pelaburan yang baru.  Baru-baru ini, kerajaan Kanada menerima pelaburan baru dari pembuat kereta antarabangsa, tetapi ianya dilihat lebih kepada menstabilkan pasaran pekerjaan sedia ada, bukan untuk menambah peluang pekerjaan.

Pada tahun lepas, pembuat-pembuat kereta mengumumkan lebih  $10 bilion pelaburan di Amerika Syarikat, $7 bilion di Mexoci dan hanya $750 juta di Kanada menurut Pusat Kajian Otomotif.  Hari ini dengan ketiadaan sebarang data ekonomi dari Kanada, Dollar dilihat bakal menguasai pasaran, terutamanya jika data “home sales” bulanan dilaporkan lebih baik dari jangkaan 5.03 juta.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat