USDCAD Analisa Fundamental Harian 26 Jan 2015

44

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-018

Dollar CAD meningkat lebih 90 pips Jumaat lalu, untuk membuat paras tertinggi bulanan yang baru, sekitar 1.2456, selepas pasaran terkesan dari tindakan Bank of Canada yang memotong “interest rate” dari 1% kepada 0.75%; ekoran dari kejatuhan teruk harga minyak mentah global.  Minyak mentah yang merupakan hasil eksport Kanada yang terbesar, telah merudum lebih 40% dari paras tertinggi lebih $107 setong pada Jun tahun lalu, sekaligus menyebabkan “loonie” hilang tarikan.

Pasaran pula yang membuat spekulasi kenaikan “interest rate” Amerika Syarikat pada tahun ini, tambah memburukkan lagi nilai tukaran USD|CAD yang telah meningkat ke paras tertinggi dalam masa lebih 4 tahun.  Keadaan ini sudah semestinya digunakan dengan sebaiknya, oleh para pelabur Amerika yang mahu memasuki pasaran Kanada.  Index Komposit Toronto yang merudum sebelumnya, kini telah meningkat lebih 1,000 mata sejak pertengahan December lalu.

Dengan ketiadaan sebarang data ekonomi dari kedua-dua negara, nilai tukaran USD|CAD dijangka terus “ranging” dengan sebarang kejatuhan dilihat sebagai peluang untuk meneruskan belian.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat