USDCAD Analisa Fundamental Harian 26 Mei 2016

36

Dollar CAD merudum sepanjang tiga sesi dagangan Rabu semalam, jatuh lebih 110 pips untuk ke paras terendah harian sekitar C$1.3015, sebelum menutup sekitar paras C$1.3017; setelah pasaran memberikan reaksi kepada harga minyak yang lebih tinggi dan tindakan Bank of Canada yang mengekalkan kadar pinjaman asas.

Di pasaran Kanada semalam, pembuat dasar mengekalkan kadar pada 0.5% seperti yang dijangkakan pasaran dan menurunkan jangkaan pertumbuhan ekonomi sehingga Jun, ekoran kebakaran hutan di Alberta yang melumpuhkan operasi pengeluaran minyak.  Namun, ekonomi dijangka pulih semula selepas syarikat minyak kembali beroperasi.

Selepas berdagang menghampiri paras terendah dalam masa tiga minggu, nilai CAD dijangka mendaki semula dengan belian dalam sokongan teknikal terlebih jual.  Bagaimanapun, dengan jangkaan kenaikan kadar AS pada Jun depan kenaikan nilai CAD dilihat terhad.  Kejatuhan kadar tukaran USD/CAD mungkin lebih bersifat sementara dengan reaksi pelabur yang mengharapkan keputusan BoC yang lebih ‘dovish’.

Kadar tukaran USD/CAD berkemungkinan besar akan meneruskan pacuan ke atas, apabila para pelabur semakin yakin dengan kenaikan kadar AS seawal Jun depan dan harg minyak kembali lemah dalam reaksi kebimbangan terhadap lebihan bekalan global.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat