USDCAD Analisa Fundamental Harian 30 Dis 2015

25

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-009

Dollar CAD yang melonjak lebih 70 pips sepanjang sesi pagi Eropah Selasa semalam, untuk ke paras tertingi harian sekitar C$1.3940, merudum lebih 120 pips sepanjang sesi New York, untuk ke paras terendah harian sekitar C$1.3815 sebelum menutup sekitar paras C$1.3840; setelah harga minyak pulih dan para trader tidak banyak memberi tumpuan menjelang cuti Tahun Baru Jumaat ini. Kejatuhan harga minyak telah menjadi pemacu utama pasaran kewangan tahun ini, menjatuhkan syarikat-syarikat minyak dan gas, menurunkan jangkaan inflasi dan memperkukuh pertaruhan pada dasar kewangan yang longgar di Eropah dan pengetatan yang beransur-ansur di Amerika Syarikat.

[adrotate group=”6″]

Di pasaran Amerika Syarikat semalam, Lembaga Persidangan berkata indeks keyakinan pengguna meningkat kepada 96.5 pada bulan ini, daripada bacaan 92.6 pada bulan November, yang disemak semula daripada sebelum ini sebanyak 90.4. Penganalisis menjangka indeks tersebut akan meningkat kepada 93.8 pada bulan Disember. Sebelum daripada itu, Biro Analisis Ekonomi AS melaporkan bahawa defisit perdagangan barangan AS, meningkat kepada $60.50 bilion bulan lepas daripada $58.41 bilion pada bulan Oktober. Penganalisis menjangkakan defisit perdagangan akan bertambah kepada $60.90 bilion pada bulan November.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat