Dollar CAD meningkat lebih 125 pips Jumaat lalu, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.3300 sebelum menutup sekitar paras 1.3210; setelah dolar kembali mendapat permintaan dan minyak mentah memacu naik untuk dua hari berturut-turut dan menutup sekitar paras $45.25 setelah jatuh sejak 9 minggu lalu. Namun ini seolah-olah tidak mempengaruhi “loonie”.
Minit mesyuarat dasar Federal Reserve AS yang dikeluarkan pada 19 Ogos lalu, memulakan tempoh kelemahan dolar, apabila pelabur menolak ke belakang harapan mereka untuk kenaikan kadar AS yang pertama sejak 2006. Minit menunjukkan pembuat dasar meragui sama ada kenaikan kadar pada bulan September adalah sesuai, memandangkan inflasi yang berterusan rendah di Amerika Syarikat.
Dolar Kanada turun satu pertiga daripada satu sen dan pasaran niaga hadapan AS adalah negatif sebelum pasaran saham Amerika Utara dibuka pada Jumaat. Niaga hadapan Dow Jones industri telah turun 106.0 mata kepada 16,544.0 sebelum pasaran dibuka, manakala niaga hadapan Nasdaq turun 26 mata kepada 4,302.0, dan niaga hadapan S&P500 pula susut 13.5 mata kepada 1,975,8.
Dapatkan Pakej Lengkap Mudahnya Belajar Forex yang dihasilkan oleh MoshedFX. Pakej Lengkap merupakan Ebook, Video, dan Support dari MoshedFX untuk mula menjana keuntungan melalui Forex Trading – Klik Sini untuk lihat Testimoni yang sudah berjaya !