USDCAD Analisa Fundamental Harian 7 Dis 2015

32

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-006

Dollar CAD berada dalam dagangan bercampur-campur Jumaat lalu, walaupun naik lebih 95 pips untuk ke paras tertinggi harian sekitar 1.3415, sebelum menutup sekitar paras 1.3360; setelah data pekerjaan Kanada dilaporkan jauh meleset dari jangkaan dan pada masa yang sama, data pekerjaan Amerika Syarikat pula memberansangkan.  Pada masa yang sama, kejatuhan harga minyak dan kenaikan harga emas, memberikan pandangan yang tidak menentu dalam pasaran komoditi, walaupun Dollar dilihat mendapat sokongan dari sentimen kenaikan kadar AS.

Statistik Kanada melaporkan sebanyak 35,700 orang telah kehilangan pekerjaan pada bulan November lalu, berbanding jangkaan hanya seramai 9,700 pekerja.  Oktober lalu, pasaran pekerjaan telah menambah 44,400 pekerja dengan 36,600 pekerjaan sepenuh masa – yang merupakan lebih dua kali ganda daripada purata sepanjang 12 bulan lepas.  Kehilangan lebih 72,300 pekerjaan separuh masa, telah menyebabkan angka 35,700 pada bulan November lalu, lebih bersifat sementara.  Namun, kadar pengangguran yang meningkat dari 7% kepada 7.1% menunjukkan pasaran pekerjaan yang mula perlahan.

[adrotate group=”6″]

Di pasaran Amerika Syarikat pula, laporan pekerjaan sektor bukan perladangan (NFP) untuk November menunjukkan 211 ribu  pekerjaan telah ditambah berbanding 201 ribu jangkaan, walaupun angka tersebut lebih rendah dari bulan Oktober yang telah disemak naik dari 271 ribu kepada 298 ribu pekerjaan.  Kadar pengangguran AS yang stabil pada 5% juga menunjukkan pasaran pekerjaan yang kukuh; sekaligus menguatkan sentimen kenaikan kadar AS pada mesyuarat FOMC minggu depan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat