USDCAD Analisa Fundamental Harian 9 Mei 2016

33

Dollar CAD berada dalam dagangan tidak menentu Jumaat lalu, turun naik dari paras terendah harian sekitar C$1.2835 ke setinggi C$1.2952 dalam masa sejam sebaik sahaja laporan NFP Amerika Syarikat keluar.  Pada masa yang sama, harga minyak yang masih mencari hala tuju memberati Loonie yang telah meningkat nilai lebih 15% sejak lebih tiga bulan yang lalu.

Harga minyak yang bangkit dari paras terendah lebih enam tahun pada pertengahan Februari lalu, terus memacu naik nilai Loonie yang banyak bergantung kepada harga minyak.  Kanada yang merupakan pengeluar minyak kelima terbesar dunia dibelakang China, adalah pengeksport ketiga terbesar dunia dibelakang Russia.

Di pasaran Amerika Syarikat Jumaat lalu, laporan pekerjaan sektor bukan perladangan (NFP) menambah 160 ribu pekerjaan berbanding 203 ribu jangkaan.  Angka sebelum ini juga disemak turun dari 215 ribu kepada hanya 208 ribu.  Purata pendapatan lebih baik pada 0.3% seperti jangkaan berbanding 0.2% pada bulan lepas. Kadar pengangguran dilaporkan stabil pada 5%.

Kanada pula melaporkan pekerjaan yang berkurang sebanyak 2,100 jawatan berbanding pertambahan sebanyak 40,600 pada sebelum ini.  Pasaran menjangkakan pertambahan minima sebanyak 200 pekerjaan.  Namun kadar pengangguran Kanada dilaporkan pada 7.1% seperti sebelum ini, berbanding jangkaan pasaran untuk kenaikan kepada 7.2%.  Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari AS dan Kanada hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat