USDJPY Analisa Fundamental Harian 10 Jul 2015

48

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-006

Dollar Yen melonjak lebih 100 pips Khamis semalam, dari paras terendah harian sekitar 120.45 sebelum menutup sekitar paras 121.30; setelah permintaan untuk matawang ‘safe-haven’ mula reda.  Semalaman kerajaan China bergerak untuk menyediakan lebih banyak kecairan dan kestabilan kepada pasaran ekuiti dan juga melancarkan siasatan terhadap perdagangan baru-baru ini.

Greece juga mengemukakan cadangan untuk pembiayaan jangka pendek yang berada di bawah khidmat nasihat Eurogroup dalam tanda bahawa rundingan telah bergerak ke hadapan.

Di pasaran Jepun, pesanan jentera teras meningkat 0.6% pada bulan Mei secara bermusim disesuaikan daripada sebulan lalu, dalam tanda bahawa firma tempatan mula meningkatkan perbelanjaan modal.  Peningkatan ini adalah lebih baik daripada kejatuhan 4.9% yang dijangka dalam ramalan median ahli ekonomi dan selepas peningkatan 3.8% pada bulan April. Pesanan jentera sering dilihat sebagai penunjuk utama pelaburan modal korporat, yang cenderung untuk ditingkatkan apabila perniagaan merancang untuk mengembangkan operasi mereka.

Tinjauan “Tankan”  Bank of Japan yang terbaru menunjukkan bahawa syarikat-syarikat besar dijangka meningkatkan perbelanjaan modal sebanyak 9.3% dalam tempoh 12 bulan berakhir Mac 2016, satu perubahan mendadak dari penurunan 1.2% yang mereka rancang bagi tahun dalam kajian sebelumnya.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat