USDJPY Analisa Fundamental Harian 10 Sep 2015

27

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-019

Dollar Yen terus memacu naik lebih 135 pips Rabu semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 121.20 sebelum menutup sekitar paras 120.50; setelah mata wang Amerika itu mendapat momentum, apabila Wall Street kembali memacu naik pada hari Selasa. Sentimen risiko beralih apabila pedagang berganjak daripada ‘safe-haven’ yen.

Dow melonjak lebih daripada 2% pada lewat petang New York pada hari Selasa, melantun selepas kejatuhan minggu lalu dan kerana harapan yang tinggi untuk langkah-langkah rangsangan daripada kerajaan China. Kenaikan tersebut diikuti oleh pasaran saham China dan selepas kejatuhan lebih kurang 3% dalam setiap satu daripada indeks saham utama AS.

[adrotate group=”6″]

China berkata pada lewat hari Isnin, bahawa ia akan menghapuskan cukai ke atas pendapatan dividen bagi pelabur yang memegang saham untuk lebih daripada satu tahun, dalam usaha untuk menggalakkan pelaburan jangka panjang. Data pada Selasa menunjukkan bahawa import China menyusut lebih daripada jangkaan pada bulan Ogos, jatuh untuk 10 bulan berturut-turut; sekaligus mengukuhkan harapan langkah-langkah rangsangan daripada kerajaan China.

Pasaran kewangan global telah digegarkan beberapa minggu lalu oleh kebimbangan bahawa kelembapan pasaran China boleh berlarutan ditengah-tengah pertumbuhan global yang sudah sedia lembap; menyebabkan para pelabur bertaruh bahawa bank pusat AS akan melambatkan kenaikan kadar sehingga akhir tahun.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat