USDJPY Analisa Fundamental Harian 14 Jan 2015

32

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-009

Dollar Yen menyusut ke serendah 117.73 pada awal sesi Asia, sebelum memacu naik setinggi 118.85 pada pembukaan pasaran Eropah Selasa semalam apabila pasaran komoditi minyak mentah terus merudum, dan para pelabur mula membeli aset dan matawang “safe-haven” seperti Yen, Dollar dan Swiss Francs.  Permintaan terhadap Emas dan Perak semakin meningkat, dengan Emas mencapai harga tertinggi sekitar $1,244.20, dan Perak sekitar $17.15 Selasa semalam.

Di pasaran ekuiti pula, Dow Jones Index AS hanya dilihat akan meneruskan “bull run” apabila harga tertinggi bulan lepas, sekitar 18,098.50 diatasi.  Buat masa ini, para pelabur dilihat berada dalam dagangan berhati-hati, apabila dua minggu berturut-turut “bearish candles” mendominasi carta mingguan.  Di Jepun pula, para pelabur mula menjual pegangan ekuiti mereka dan menutup bulan lepas dengan “bearish doji” yang dilihat sebagai ketidakpastian dengan halatuju pasaran Jepun selanjutnya.

Dengan ketiadaan sebarang data berimpak tinggi dari Jepun hari ini, Dollar dilihat bakal menguasai pasaran sekiranya data berimpak tinggi “retail sales” dilaporkan lebih baik dari jangkaan -0.1% dan sebelum ini pada 0.7%  Pasaran dijangkan terus dalam dagangan berhati-hati.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat