USDJPY Analisa Fundamental Harian 14 Mac 2016

52

Dollar Yen melonjak lebih 115 pips Jumaat lalu, untuk ke paras tertinggi harian sekitar ¥113.90 sebelum menutup sekitar paras ¥113.80; setelah Yen melemah apabila Indeks Pembuatan Jepun dilaporkan jauh meleset dari jangkaan, pada -7.9 mata berbanding 4.2 mata dan 3.8 mata pada sebelumnya.  Pada masa yang sama Dollar AS kembali mendapat permintaan, apabila tuntutan pengangguran dilaporkan lebih baik dari jangkaan.

Di pasaran Jepun, Indeks Nikkei meningkat lebih 400 mata untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 17,015 mata sebelum menutup sekitar paras 16,938 mata; setelah pasaran kembali yakin apabila laporan inflasi China meningkat lebih baik dari jangkaan, pada 2.3% berbanding 1.8%.  Namun, terdapat penganalisis yang mengatakan angka tersebut lebih rendah, apabila tidak termasuk harga makanan.

[adrotate group=”6″]

Di  pasaran hadapan, ‘open interest’ untuk Yen dilihat berkurang dari 252,810 kontrak pada 3 Mac kepada 150,202 pada 10 Mac lalu, sekaligus menunjukkan pasaran yang mula tenang dan beralih kepada mood mengambil risiko.  Tiada laporan berimpak tinggi dari AS mahupun Jepun hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat