USDJPY Analisa Fundamental Harian 16 Mac 2016

55

Dollar Yen jatuh lebih 145 pips Selasa semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar ¥112.65 sebelum menutup sekitar paras ¥113.10; setelah Yen mendapat permintaan apabila BoJ mengambil keputusan untuk mengekalkan kadar dalam mesyuarat semalam. Yen merupakan mata wang utama yang berprestasi paling teruk bulan ini, selepas pemulihan dalam pasaran ekuiti global melemahkan permintaan bagi aset dan matawang ‘safe-haven’.

Di pasaran Jepun semalam, Gabenor BoJ Haruhiko Kuroda dan lembaga pengarah mengekalkan sasaran untuk meningkatkan asas kewangan dan kadar penanda aras mereka pada 0.1% di bawah sifar. Keputusan itu telah pun diramalkan oleh 35 daripada 40 ahli ekonomi yang dikaji oleh Bloomberg. BoJ mengulangi bahawa ia akan menambah ransangan jika perlu.

[adrotate group=”6″]

Hari ini Amerika Syarikat bakal melaporkan kelulusan permit bangunan bulan Februari yang dijangka stabil pada 1.2 juta unit.  Pada masa yang sama, inflasi dijangka jatuh kembali kepada 0.2% di bawah sifar, manakala inflasi teras dijangka jatuh dari 0.3% kepada 0.2%.  Tiada laporan berimpak tinggi dari Jepun hari ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat