USDJPY Analisa Fundamental Harian 17 Mac 2016

38

Dollar Yen yang memacu naik lebih 75 pips sepanjang sesi Asia dan Eropah Rabu semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar ¥113.80, kembali merudum lebih 145 pips untuk ke paras terendah harian sekitar ¥112.30 pada petang New York; setelah Federal Open Market Committee (FOMC) Federal Reserve AS membuat keputusan untuk mengekalkan kadar.

Dalam keputusan mesyuarat FOMC awal pagi tadi, Yellen dalam kenyataannya mengatakan bahawa keadaan ekonomi global dan AS yang mula perlahan, membuatkan Feds bimbang tentang eksport, pelaburan perniagaan, dan pertumbuhan pendapatan.  Ini mendorong Feds untuk mengekalkan kadar sedia ada, malah menurunkan jangkaan kenaikan daripada 4 kali kepada 2 kali pada tahun ini.

[adrotate group=”6″]

Keputusan itu disambut baik oleh pasaran ekuiti, dengan indeks S&P500 memacu naik lebih 0.5% untuk ke paras tertinggi harian sekitar 2,032 mata. Harga emas meningkat lebih 2% untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1,264.70/oz sebaik sahaja keputusan tersebut diumumkan.  Hari ini AS bakal melaporkan tuntutan pengangguran yang dijangka bertambah dari 259 ribu kepada 267 ribu pemohon.  Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari Jepun hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat