USDJPY Analisa Fundamental Harian 18 Aug 2015

72

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-014

Dollar Yen menokok 40 pips Isnin semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 124.55 sebelum menutup sekitar paras 124.40;selepas GDP Jepun meleset dari jangkaan. Ekonomi Jepun menguncup pada suku lepas apabila pengguna dan perniagaan mengurangkan perbelanjaan dan eksport jatuh, sekaligus meletakkan tekanan ke atas Perdana Menteri Shinzo Abe untuk kembali fokus kepada Abenomics.

GDP tahunan jatuh 1.6% dari Januari-Mac, mengakhiri dua suku pertumbuhan, menurut Pejabat Kabinet semalam. Anggaran median dalam bancian Bloomberg adalah untuk penurunan sebanyak 1.8%.  Kemerosotan dalam permintaan sektor swasta hadir selepas eksport ke Amerika Syarikat, Asia, dan Eropah jatuh, mengurangkan sokongan untuk ekonomi keempat terbesar di dunia itu.

Menteri Ekonomi Akira Amari berkata beliau tidak menjangka untuk menambah rangsangan fiskal dan Gabenor Bank of Japan Haruhiko Kuroda pula mengharapkan kelemahan akan diatasi pada suku ini, untuk mengejar sasaran inflasi 2% melalui rangsangan monetari yang belum pernah terjadi sebelumnya.

Dapatkan Pakej Lengkap Mudahnya Belajar Forex yang dihasilkan oleh MoshedFX. Pakej Lengkap merupakan Ebook, Video, dan Support dari MoshedFX untuk mula menjana keuntungan melalui Forex Trading – Klik Sini untuk lihat Testimoni yang sudah berjaya !

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat