USDJPY Analisa Fundamental Harian 18 Mac 2016

31

Dollar Yen terus merudum untuk hari ketiga Khamis semalam, lebih 225 pips untuk ke paras terendah harian sekitar ¥110.65 sebelum menutup sekitar paras ¥111.40; setelah pasaran terus memberikan reaksi kepada keputusan Bank of Japan untuk mengekalkan kadar dan jumlah ransangan bagi pemulihan ekonomi Jepun.  Pada masa yang sama, keputusan Feds yang menunjukkan kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi global terus menyebabkan Yen mendapat permintaan.

Di pasaran Jepun, indeks Nikkei susut lebih 439 mata untuk ke paras terendah harian sekitar 16,814 mata sebelum menutup sekitar paras 16,936 mata; setelah Kementerian Kewangan Jepun melaporkan eksport bulan Februari susut 2.4% berbanding Januari.  Pada masa yang sama, import juga berkurang 14.2% kepada ¥5.461 trilion – kejatuhan 14 bulan berturut-turut. Data terbaru ini membimbangkan pasaran kerana BoJ seolah tidak mempunyai banyak pilihan setelah menurunkan kadar ke wilayah negatif bulan lepas.

[adrotate group=”6″]

Hari ini Bank of Japan bakal menyiarkan minit mesyuarat terbaru yang boleh menawarkan butiran lanjut tentang keadaan ekonomi Jepun.  Amerika Syarikat pula bakal melaporkan sentimen pengguna yang dijangka meningkat dari 91.7 mata kepada 92.1 mata.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat