USDJPY Analisa Fundamental Harian 18 Sep 2015

36

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-006

Dollar Yen merudum lebih 115 pips pada petang sesi New York Khamis semalam, untuk mencapai paras terendah harian sekitar 119.80 sebelum menutup sekitar paras 120.00; setelah Federal Reserve AS membuat keputusan untuk mengekalkan kadar buat masa ini dalam mesyuarat FOMC awal pagi tadi.

Di pasaran Jepun, eksport Jepun perlahan untuk bulan kedua berturut-turut pada Ogos, dalam tanda-tanda yang membimbangkan bahawa kelembapan ekonomi China boleh memberi satu tamparan yang merosakkan daya saing kuasa ekonomi keempat terbesar dunia itu, sekaligus mendorong BoJ untuk menyuntik rangsangan tambahan sebelum ianya berlalu terlalu lama.

[adrotate group=”6″]

Kementerian Kewangan Jepun berkata eksport pada bulan Ogos meningkat 3.1%, lebih kecil daripada anggaran median untuk pertumbuhan 4.0% yang dijangkakan oleh pakar ekonomi dalam satu tinjauan Reuters, dan kurang daripada 7.6% peningkatan tahunan pada Julai lalu.

“Pandangan kami adalah BoJ akan menambah ransangan lagi pada bulan Januari, tetapi data ekonomi mencadangkan kemungkinan besar BoJ akan bertindak pada akhir bulan Oktober,” menurut ahli ekonomi kanan Hidenobu Tokuda di Institut Penyelidikan Mizuho.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat