USDJPY Analisa Fundamental Harian 23 Feb 2016

28

Dollar Yen melonjak lebih 90 pips Isnin semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar ¥113.40 sebelum menutup sekitar paras ¥112.90; walaupun Yen kekal kukuh apabila tekanan dan permintaan untuk aset ‘safe-haven’ terus menentukan mood pasaran. Dollar AS telah bertukar tangan dalam sekitar ¥112 dalam tawaran awal pagi Tokyo semalam, sebahagian besarnya selaras dengan paras yang dilihat di New York pada lewat hari Jumaat.

Di pasaran Jepun, Gabenor Bank of Japan menyalahkan faktor penghindaran risiko yang “berlebihan” terhadap turun naik pasaran yang berterusan, dan mempertahankan keputusan BoJ untuk menerima pakai dasar kadar negatif, di tengah-tengah pasaran yang mempersoalkan mengenai keberkesanannya. Gabenor BoJ juga mengetepikan kritikan bahawa dasar rangsangan radikal berisiko untuk menggugat kestabilan sistem perbankan Jepun.

[adrotate group=”6″]

“Pendapatan Bank telah meningkat dengan berkurangnya kebankrapan korporat kerana ekonomi yang semakin pulih. Pinjaman bank telah juga meningkat,” lapor Gabenor Kuroda pada sesi parlimen Jepun semalam. “Saya yakin bahawa kenaikan dalam pinjaman bank akan mempunyai kesan positif ke atas ekonomi Jepun,” tambah beliau lagi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat