USDJPY Analisa Fundamental Harian 30 Jan 2015

46

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-007

Dollar Yen yang jatuh ke paras terendah, sekitar 117.38 pada sesi Asia Khamis semalam, kembali memacu naik lebih 80 pips; apabila data ekonomi “unemployment claims” Amerika Syarikat dilaporkan lebih baik dari jangkaan, 265 ribu berbanding 301 ribu, malah lebih baik dari sebelum ini, 308 ribu pemohon bantuan untuk penganggur.  Permohonan yang kurang ini, menunjukkan pasaran buruh yang mampan, terkesan dari aktiviti ekonomi yang bertambah baik.

Di Jepun pula, jualan runcit tahunan dilaporkan mengurang dari 0.4% kepada 0.2%, berbanding jangkaan 0.9%  Tambah mengecewakan lagi, jualan pemborong juga merudum dari 1.2% kepada 0.1% pada bulan lepas.  Ekonomi dilihat menguncup apabila cukai jualan dinaikkan April lepas, sekaligus menyebabkan Jepun jatuh kedalam resesi.  Walau bagaimanapun, program Abenomics versi 2.0 yang dijangka diteruskan selepas percukaian Jepun selesai April ini; dilihat boleh menjana ekonomi yang lebih berdaya saing.

Hari ini Jepun yang melaporkan data berimpak tinggi CPI, bakal berdepan data berimpak tinggi “GDP” Amerika Syarikat.  Pasaran dilihat lebih memihak kepada Dollar ekoran sentimen “interest rate”, dan juga jika GDP Amerika Syarikat dilaporkan lebih baik dari jangkaan 3.3%

Berminat belajar forex, cara paling mudah ? Dapatkan Pakej Mudahnya Belajar Forex yang dihasilkan oleh MoshedFX di sini – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat