USDJPY Analisa Fundamental Harian 8 Jan 2016

25

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-004

Dollar Yen terus merudum untuk hari kelima Khamis semalam, lebih 140 pips untuk ke paras terendah harian sekitar ¥117.30 sebelum menutup sekitar paras ¥117.65; setelah Dollar AS susut apabila minit mesyuarat Federal Reserve AS pada bulan Disember menyatakan kekuatan Dollar AS sebagai risiko kepada objektif Feds dalam menaikkan inflasi ke sasaran 2%.

Mata wang AS kembali lemah selepas minit Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) menunjukkan Feds menaikkan kadar untuk kali pertama dalam hampir satu dekad dengan nada “sengit” bagi sesetengah pembuat dasar. Yen meningkat ke paras tertinggi dalam empat bulan berbanding Dollar, ekoran kebimbangan terhadap China yang mencerminkan kelembapan ekonomi global.  Pada masa yang sama, tuntutan Korea Utara bahawa ia telah berjaya menguji bom hidrogen pertama menambah permintaan untuk aset ‘safe-haven’.

[adrotate group=”6″]

Sebelum minit Feds disiarkan awal pagi semalam, Naib Pengerusi Stanley Fischer berkata pembuat dasar menjangkakan empat kenaikan kadar pada 2016 adalah wajar, walaupun kelembapan ekonomi China dan faktor-faktor lain yang tidak menentu menyebabkan sukar untuk meramalkan langkah seterusnya.  Hari ini AS bakal melaporkan data NFP yang dijangka menurun daripada 211 ribu kepada 203 ribu pekerja dan kadar pengangguran yang dijangka kekal pada 5% pada bulan Disember lepas. Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari Jepun hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat