USDJPY Analisa Fundamental Harian 9 Feb 2016

44

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-007

Dollar Yen yang melonjak lebih 80 pips sepanjang sesi Asia Isnin semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar ¥117.50, kembali merudum lebih 230 pips sepanjang sesi Eropah dan Amerika Syarikat, untuk ke paras terendah harian sekitar ¥115.15 sebelum menutup sekitar paras ¥115.85; setelah angka akaun semasa Jepun dilaporkan lebih baik dari jangkaan.  Yen telah mengatasi prestasi matawang utama lain minggu lalu, melonjak lebih 3.6% berbanding Dollar AS, yang terbaik sejak Julai 2009.

Di pasaran Jepun, hasil pulangan bon 10 tahun Jepun terus merosot minggu lalu, menyentuh rekod terendah pada 0.025% Jumaat lalu. Dengan mengenepikan pasaran kewangan global pada 29 Januari, BoJ mengguna pakai kadar negatif buat pertama kalinya, di bawah tekanan untuk menghidupkan semula pertumbuhan ekonomi ketiga terbesar dunia itu. Ia adalah keputusan yang sukar, dengan lima anggota mengundi untuk kadar negatif dan empat menentang langkah tersebut.

[adrotate group=”6″]

“Saya bimbang bahawa pengenalan kadar negatif boleh membawa kepada persaingan dengan bank-bank pusat negara-negara lain, yang telah mengambil langkah kadar negatif, untuk terus menurunkan kadar dengan lebih mendalam ke dalam wilayah negatif,” kata seorang ahli lembaga BoJ, dalam satu ringkasan pendapat pada mesyuarat dasar monetari. Ahli lembaga mengemukakan ringkasan pendapat mereka untuk Gabenor BoJ Haruhiko Kuroda, yang menyemak mereka sebelum ianya disiarkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat