Usd/Jpy Menguat Hampir 230 pip Sejak Tiga Sesi Dagangan Lepas

31

US dolar semakin menguat berbanding Yen, dengan Usd/Jpy sudah meningkat hampir 230 pip sejak tiga sesi dagangan lepas. Usd/Jpy dilihat seperti menyambung tren kenaikan sebelum ini.

Pasangan matawang ini membuat sedikit pembetulan harga (correction) dua minggu lepas selepas membuat rally berterusan sejak pilihanraya presiden US.

Jumlah dagangan dalam pasaran tukaran matawang ketika ini masih dalam jumlah sedikit berikutan ramai pemain-pemain pasaran yang belum membuka akaun dagangan mereka. Hal ini lah yang menyebabkan berlaku naik-turun yang tidak dijangka, kerana aktiviti dagangan jangka pendek oleh trader short-term (trader jangka pendek) berikutan jumlah dagangan yang rendah.

Ketika ini Usd/Jpy sedang menguji resistance iaitu paras tertinggi penutup Disember iaitu 118.17. Untuk terus mengekalkan moentum kenaikan, paras ini harus ditembusi sebelum menyambung kenaikan.

Para pelabur dilihat mengambil untung (take-profit) menjelang akhir tahun 2016 yang menyebabkan harga Usd/Jpy membuat correction sehingga minggu lalu.

Sebelum ini, terdapat potensi untuk Usd/Jpy untuk melakukan penurunan selepas berjaya menembusi support di paras 116.60 yang dapat dilihat dengan lebih jelas di time-frame empat jam. Namun Yen masih gagal melawan kekuatan US dolar ketika ini, dengan sentimen ekonomi Amerika yang begitu kukuh.

Usd/Jpy akan berhadapan dengan banyak news impak tinggi dari US pada minggu ini dengan laporan data Indeks pembuatan US akan diumumkan pada pukul 11 malam ini. Hari-hari seterusnya pasangan matawang ini dijangka akan digerakkan oleh minit mesyuarat FOMC dan data NFP pada Jumaat.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat