Vaksin AstraZeneca Masih Selamat – EU

168

Agensi Ubat-ubatan Eropah (EMA) menegaskan kesan sampingan pembekuan darah selepas suntikan vaksin AstraZeneca adalah sangat jarang berlaku.

EMA membuat kesimpulan berkenaan selepas melakukan kajian terhadap 86 kes di Eropah dan mendapati bahawa manfaat vaksin itu melebihi risiko.

“Jawatankuasa keselamatan kami mengesahkan manfaat vaksin AstraZeneca dalam mencegah Covid-19 secara keseluruhannya melebihi risiko kesan sampingannya.

“Vaksin itu terbukti sangat berkesan, dapat mencegah penyakit yang teruk dan boleh menyelamatkan nyawa,” kata Pengarah Eksekutif EMA, Emer Cooke.

Laporan terbabit meliputi data terhadap 25 juta orang Eropah yang telah disuntik. Kebanyakan kes darah beku berlaku ke atas wanita yang berusia di bawah 60 tahun.

Tambah Cooke, satu penjelasan yang masuk akal untuk kesan sampingan yang jarang berlaku itu adalah tindak balas imun terhadap vaksin berkenaan.

Ujar beliau, keadaan itu sama seperti yang dapat dikesan oleh pesakit yang dirawat dengan heparin, iaitu sejenis ubat digunakan untuk mencegah pembekuan darah.

Dalam sesetengah kes, berlaku kesan buruk akibat penggunaan ubat terbabit sehingga menyebabkan penyakit yang dikenali ‘heparin-induced thrombocytopenia’ atau HIT.

Lapor BBC, kini terpulang kepada setiap negara untuk menentukan jenis vaksin yang akan digunakan untuk setiap golongan namun keputusan itu juga tertakluk kepada akses kepada vaksin alternatif.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat