Vaksin Tidak Akan Buat Kehidupan Manusia Normal Dengan Segera

319

Sekumpulan penyelidik memberi amaran vaksin coronavirus tidak akan menjamin kehidupan manusia kembali normal sekurang-kurangnya dalam tempoh enam bulan lagi.

Vaksin Covid-19 ketika ini dilihat sebagai penyelesaian untuk menamatkan pandemik.

Namun, kumpulan penyelidik terbabit menyatakan kita perlu realistik tentang apa yang boleh dicapai oleh vaksin berkenaan dan bila.

“Walaupun vaksin itu sudah tersedia, tidak bermakna dalam tempoh sebulan semua orang akan menerima suntikan vaksin, kita sedang bercakap mengenai tempoh enam bulan, sembilan bulan atau setahun,” ujar Ketua Kejuruteraan Kimia di Imperial College London, Prof. Nilay Shah.

Tambah mereka, perintah larangan boleh dilonggarkan secara beransur-ansur kerana penghasilan vaksin boleh memakan masa selama setahun sebelum dikeluarkan.

Lebih daripada 200 vaksin sedang dibangunkan oleh para saintis di seluruh dunia dengan kadar segera.

“Vaksin memberikan harapan yang besar untuk pandemik ditamatkan tetapi kita tahu sejarah pembangunan vaksin sering kali melalui banyak kegagalan,” kata Dr. Fiona Culley dari National Heart and Lung Institute di Imperial College London.

Beberapa penasihat saintifik kerajaan United Kingdom (UK) optimis vaksin akan diberikan kepada segelintir individu pada tahun ini dan pengedaran vaksin secara besar-besaran mungkin bermula awal tahun hadapan.

Tetapi data ujian awal menunjukkan vaksin memberi tindak balas kepada imun namun belum cukup membuktikan sama ada ia dapat memberikan perlindungan sepenuhnya atau mengurangkan simptom Covid-19.

Malahan, para penyelidik juga memberi amaran bahawa isu berkaitan imuniti untuk jangka masa panjang akan mengambil sedikit masa untuk dijawab. Selain itu, mereka juga tidak tahu sama ada semua orang perlu menerima vaksin setiap beberapa tahun atau satu suntikan sahaja sudah mencukupi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat