Varian Omicron Baru Cetus Lonjakan Saham Sarung Tangan Getah

418

‘Hmmmm, ada varian baru dalam negara pulak. Ada tanda-tanda nak kena cucuk lagi ni.’

Berita mengenai sekatan baharu di China dan kehadiran sub-varian Omicron, BA.5 dalam negara telah mencetus sentimen risk-off dalam pasaran, namun ia juga memberi dorongan pada saham bertemakan kesihatan.

Rentetan daripada itu, saham sarung tangan getah dalam syarikat-syarikat tempatan mempamerkan peningkatan dalam sesi dagangan pada pertengahan pagi Selasa.

Melihat kepada papan indeks Bursa Malaysia,

  • Top Glove Corp Bhd meningkat 3.03% atau 3 sen pada RM1.02.
  • Supermax Corp Bhd menambah 1.21% atau 1 sen pada 83.5 sen.
  • Careplus Group Bhd mencanak 4.71% atau 2 sen pada 44.5 sen.
  • Hartalega Holdings Bhd mencapai 1.91% atau 5 sen pada RM2.67.
  • Kossan Rubber Industries Bhd melonjak 2.34% atau 3 sen pada RM1.31.

Situasi di China dikatakan kembali keruh apabila kerajaan tempatan melaksanakan semula sekatan pergerakan ketat, mengikuti dasar ‘sifar COVID-19’, dengan hab komersial Shanghai bersiap sedia menjalankan ujian besar-besaran.

Difahamkan bahawa keputusan tersebut dicapai selepas terdapat laporan beberapa bandar mencatat kes sub-varian Omicron pada penghujung minggu lalu.

Umumnya, tindakan ini bakal memberi kesan lebih mendalam kepada ekonomi negara ke-2 terbesar dunia tersebut selepas berlakunya masalah gangguan bekalan global dan perdagangan antarabangsa.

Beralih ke wilayah tempatan, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menyatakan kehadiran kes melibatkan sub-varian Omicron BA.5 pada ucapan sidang media khasnya minggu lalu.

Ucap beliau lagi ketika sidang media tersebut bahawa terdapat kemungkinan besar BA.5 telah tersebar dalam Malaysia.

Perkara ini secara tidak langsung juga menguatkan jangkaan kementerian di mana bakal terdapat peningkatan kes dalam negara bagi beberapa minggu mendatang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat