Vitalik Buterin Hilang Status Jutawan Kripto Termuda, Rugi Lebih $400 Juta!

9,751

Bukan sahaja pelabur bilis terciduk gara-gara keruntuhan pasaran kripto, pengasas Ethereum, Vitalik Buterin juga tidak ketinggalan apabila dilaporkan mencatat kerugian lebih $400 juta!

Ketika artikel ini ditulis Buterin memiliki dua alamat utama ether yang mana masing-masing memiliki 325,001 dan 1,366 ETH dengan nilai kumulatif $637.39 juta (326,367 ETH) berdasarkan nilai semasa Ethereum, $1,953.

Sebelum ini pada 3 Mei, Buterin dinobatkan sebagai jutawan kripto apabila pegangannya mencecah $1.09 bilion ketika figura itu memiliki 333,520 ETH dan ether pada masa itu didagangkan pada $3,278.

Bagaimanapun dengan penyusutan harga ETH lebih 50% sejak paras tertinggi sepanjang masa (ATH), $4,362 pada 12 Mei, menjadikan kerugian yang dialami Buterin adalah sebanyak $455,883,809.

Jumlah kerugian tersebut turut merangkumi perbezaan jumlah ether yang direkod,  7,153 ETH.

Ethereum turut terjejas dengan nilai pasaran mencatatkan penyusutan lebih 11% dalam 24 jam kepada jumlah semasa $226.08 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat