Volkswagen Berdepan Tuduhan Amalan ‘Perhambaan’ Di Brazil!

133

‘Patutlah perlawanan bola sepak antara Jerman dan Brazil selalu tegang.’

Syarikat pembuat kereta ke-2 terbesar dunia dari Jerman, Volkswagen Group menghadapi pertuduhan mengamalkan ‘perhambaan‘ di Brazil.

Namun, apa yang menariknya pertuduhan tersebut dibuat berhubung zaman diktator ketenteraan yang berlaku di negara Amerika Selatan semasa tahun 1970-an sehingga 1980-an.

Pelik tetapi benar, Volkswagen telah diminta hadiri mahkamah buruh di Brasilia pada 14 Jun selepas menerima notis pemberitahuan oleh badan kehakiman tempatan pada 19 Mei lalu.

Menurut pertuduhan, Volkswagen dikatakan telah mengamalkan ‘perhambaan‘, ‘pemerdagangan manusia‘ dan ‘pelanggaran hak asasi manusia‘ terhadap bekas pekerjanya di Brazil.

Selain itu, ada dakwaan mengatakan bekas pekerja di Brazil mengalami penderaan dan keganasan oleh perantara serta pengawal bersenjata.

Terdapat juga dakwaan penganiayaan terhadap pekerja yang cuba melarikan diri dan beberapa kes kehilangan yang mencurigakan.

Dalam pada itu, wakil Volkswagen memandang serius pertuduhan tersebut dan akan mengambil tindakan tegas bagi memadam sejarah hitam syarikat di Brazil.

Fakta Sejarah

Dipercayai bahawa kes ini mungkin berlaku antara 1974 hingga 1986, di mana ketika itu pemerintahan diktator sedang menguasai Brazil.

Alkisahnya, syarikat dikatakan merancang untuk membina tapak pertanian di pinggir lembangan Amazon bagi tujuan perdagangan daging.

Seramai ratusan buruh harian dan pekerja sementara telah diambil bagi menjalankan aktiviti penebangan hutan di 70,000 hektar melalui pengantara yang mungkin mendapat persetujuan pengurusan pengilang.

Ekoran daripada itu, seorang bekas pekerja Volkswagen telah meminta pampasan beberapa tahun lalu dan syarikat telah bersetuju untuk membayar pampasan bernilai 36 juta Reais (bersamaan US$6.4 juta) pada 2020 lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat