Data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan pada sesi New York semalam mula mencetuskan arah pergerakan harga selepas pasaran yang bergerak mendatar di pembukaan awal minggu.
Tinjauan ISM bagi sektor pembuatan catat angka lebih baik pada bulan Ogos, namun masih kekal di bawah paras 50 mata yang menunjukkan sektor tersebut kekal dalam risiko penguncupan.
US dolar bergerak lemah pada pembukaan awal sesi, namun menunjukkan reaksi positif selepas data tersebut diterbitkan.
Pada carta pasangan mata wang EUR/USD, dapat diperhatikan harga telah mencatatkan paras terendah terbaru lagi selepas ditekan ke sekitar 1.10300.
Namun harga melantun perlahan menyambung dagangan di sesi Asia pagi ini (Rabu) sambil diperhatikan menguji garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.
Harga dilihat cenderung untuk menyambung penurunan lebih rendah dengan sasaran menuju ke paras tumpuan 1.10000.
Pergerakan bearish akan dijangka diteruskan harga seperti minggu lalu sekiranya US dolar masih berjaya mengekalkan prestasi pemulihannya.
Namun jika situasi berubah, lantunan harga akan dijangkakan semula untuk menuju rintangan terhampir pada 1.11000.
Melepasi paras tersebut akan memberi isyarat untuk kenaikan lebih tinggi dengan puncak 1.12000 yang dicapai sebelum ini menanti untuk disentuh harga semula.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Market. Tebus bonus tanpa deposit bernilai $5.00 jika anda daftar hari ini KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS SEKARANG