Walaupun Data Pekerjaan Australia Positif, AUD/USD Pamer Penurunan

227

Sebelum ini Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell mengekalkan pendirian untuk kadar faedah tidak akan ditingkatkan sehingga penghujung 2022, namun terdapat laporan terbaru bahawa Powell bersama ahli Fed mula berbincang untuk mengurangkan pembelian bon.

Situasi ini telah mendorong peningkatan semula nilai US dolar pada sesi Asia pagi ini (Khamis) selepas bergerak lemah pada sesi-sesi sebelumnya.

Tumpuan akan terarah pada data jualan runcit AS yang akan diterbitkan pada sesi New York dengan jangkaan bacaan yang meningkat.

US dolar berjaya pamerkan pengukuhan berbanding mata wang utama yang lain dalam pasaran pada sesi Asia namun kembali perlahan semula pada pembukaan sesi dagangan Eropah.

Pada carta harga pasangan AUD/USD, yang melonjak 100 pips semalam telah mencapai paras ketinggian terbaru pada zon resistance 0.77400.

Namun sesi Asia melihatkan harga susut sekitar 30 pips dari paras tersebut walaupun laporan data pekerjaan Australia pamerkan bacaan memberangsangkan.

Kenaikan semula harga dipamerkan di awal sesi Eropah dengan jangkaan zon resistance 0.77400 akan berjaya ditembusi harga untuk terus mencatatkan paras tertinggi mingguan terbaru.

Kenaikan seterusnya dijangka untuk menuju sehingga ke zon resistance pada 0.78300 yang diuji beberapa kali pada dagangan Mac yang lalu.

Sekiranya harga jatuh semula, paras sokongan harga adalah dilihat pada zon RBS (resistance become support) 0.76500.

Penurunan lebih rendah akan menuju pula ke zon support dalam julat harga 0.75700-0.75300 yang telah menyokong kenaikan semula harga pada penurunan di awal April.

Lihat gambar carta pasangan mata wang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat