Walaupun Harga Minyak Naik Semula, Tapi …

389

Harga minyak mentah menuju kejatuhan mingguan terbesar setelah terkesan dengan dagangan US dolar yang kuat dan kebimbangan terhadap permintaan bahan bakar global di tengah peningkatan Covid-19 yang semakin meluas.

Dagangan WTI Amerika Syarikat turun lebih 6% minggu ini dengan menyentuh paras terendah terbaru sejak Mei pada $62.60 setong, sebelum kembali meningkat pada harga $64.88 setong pada sesi Asia.

Sementara niaga hadapan minyak mentah Brent pula meningkat pada harga $66.75 setong, selepas turun ke paras terendah $65.58 setong pada sesi sebelumnya, menjadikan kejatuhan lebih 5% pada minggu ini.

New Zealand, melanjutkan langkah sekatan di seluruh negara untuk empat hari lagi, setelah lebih banyak kes coronavirus telah dikesan di negara itu. Terbaru, sebanyak 3 kes telah dilaporkan di Wellington, menandakan wabak itu telah merebak ke kawasan lain dari Auckland, bandar pertama ia dikesan.

Selain itu, China terus memperketatkan langkah-langkah sekatan untuk membendung Covid-19, yang mana ia telah mempengaruhi rantaian bekalan dan penghantaran global kerana pelabuhan utama ditutup.

Dalam pada itu, Amerika Syarikat dan China juga mengenakan sekatan kapasiti penerbangan antara satu sama lain, setelah lima penumpang yang positif untuk Covid- 19 dalam penerbangan ke Shanghai bulan lalu.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat