Walaupun Rugi Besar, Saham Syarikat Ini Tetap Pacak!

589

Saham Dagang NeXchange Bhd (DNeX) bergerak melawan arus pada hari Selasa walaupun mencatat kerugian besar dalam pendapatan bagi tahun kewangan suku ketiga yang berakhir 31 Mac 2023.

DNeX ialah penyedia perkhidmatan terkemuka dalam sektor kemudahan perdagangan dan tenaga Malaysia.

Pada awal dagangan hari ini, DNeX menjadi kaunter paling aktif didagangkan di Bursa dengan melonjak 10.26% kepada 43 sen sebelum mengurangkan sedikit keuntungan untuk diniagakan pada 42 sen ketika penulisan.

Terdahulu, kumpulan itu melaporkan kejatuhan sebanyak 564.37% dalam pendapatan dengan rekod kerugian bersih RM239.77 juta pada suku ketiga daripada keuntungan bersih RM51.6 juta pada suku sama tahun lalu.

Difahamkan, kerugian tersebut berlaku berpunca daripada levi keuntungan tenaga RM252.4 juta di UK untuk operasi minyak dan gasnya di bawah Ping Petroleum Ltd.

Sementara itu, hasil pula dilaporkan jatuh sebanyak 27.68% kepada RM276.71 juta daripada RM382.64 juta pada suku tersebut.

Walaupun dengan prestasi menyuramkan ini, kumpulan itu masih melihat prospek jangka panjang yang cerah dalam industri semikonduktor.

Bukan itu sahaja, ia juga optimis terhadap segmen teknologi maklumatnya bahawa ia akan terus meraih manfaat daripada National Single Window (NSW) untuk perkhidmatan kemudahan perdagangannya.

NSW ialah sistem kemudahan perdagangan sehenti DNeX yang membantu menghubungkan pedagang dengan agensi kerajaan serta pihak perdagangan dan logistik melalui satu platform.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat