Walaweh! Syarikat Ini Mulakan Mining BTC Berkuasa Nuklear!

616

“Wow, perkembangan ni agak hebat kan pelabur?’

Syarikat TeraWulf (WULF) telah memulakan operasi di fasiliti Nautilus Cryptomine, iaitu kemudahan mining Bitcoin (BTC) berkuasa nuklear pertama di Amerika Syarikat (AS) dengan 8,000 rigs mining* dalam talian yang mewakili kuasa pengkomputeran atau kadar hash.

*Komputer khusus, disesuaikan untuk mining kripto

WULF menjangkakan rigs bertenaga mungkin mempunyai 8,000 lagi dalam beberapa minggu akan datang, di mana ia menjadikan kapasiti di kemudahan Nautilus berpangkalan di Pennsylvania pada 1.8 EH/s menjelang Mei.

Nautilus yang akan turunkan kos tenaga WULF secara ketara telah menjadi punca WULF memperoleh perjanjian kuasa untuk 2 sen setiap kilowatt jam (kWj) selama lima tahun dan kurangkan kos tenaga puratanya pada 4 sen/kWj .

Ia adalah jauh lebih rendah daripada purata industri AS sebanyak 9 sen/kWj yang dilaporkan oleh Pentadbiran Maklumat Tenaga pada Disember 2022.

Umum mengetahui bahawa WULF turut terkesan semasa pasaran kripto mengalami kejatuhan drastik apabila melaksanakan beberapa inisiatif pemotongan kos pada November dan kumpul $10 juta pada Disember untuk membayar balik hutangnya.

Pun begitu, syarikat mining menunjukkan tanda-tanda pemulihan selepas kedua-dua pasaran kripto termasuk tenaga meningkat sedikit pada awal 2023.

Menurut WULF, Nautilus adalah kemudahan mining BTC pertama di belakang meter sama seperti pengeluar tenaga Texas Talen Energy.

Dalam pada itu, WULF menjangkakan untuk mencapai 5.5 EH/s kuasa pengkomputeran pada awal suku kedua walaupun baru-baru ini sahamnya susut sebanyak 2.5% pada 64 sen.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat