Wall Street Catat Penurunan Harian Terbesar, Pasaran Berisiko?

313

Indeks utama Wall Street ditutup rendah semalam dan merupakan penurunan harian terbesar sejak Jun berikutan aliran keluar pelabur daripada sektor teknologi sementara data ekonomi menunjukkan kebimbangan mengenai pemulihan ekonomi yang sukar dan panjang.

Lapor Reuters, Nasdaq merekodkan penurunan sebanyak hampir 5% dan S&P turut mencatatkan penurunan tertinggi semalam.

Penurunan terbesar Nasdaq berpunca daripada firma-firma teknologi gergasi seperti Apple Inc (AAPL.O), Microsoft Inc (MSFT.O), Amazon.com Inc (AMZN.O), Tesla Inc (TSLA.O) dan Nvidia Corp (NVDA.O).

Sektor teknologi S&P.SPLRCT dan indeks cip Philadelphia .SOX kedua-duanya menurun hampir 6%.

Pasaran saham dilihat melambung tinggi sejak Mac lalu, didukung oleh harapan sokongan fiskal dan dasar monetari tetapi beberapa peserta pasaran mengatakan para pelabur menjadi terlalu optimis.

“Fikirkan bilangan risiko yang semakin meningkat di pasaran sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Kita hanya tinggal 60 hari lagi sebelum pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) bermula. Mungkin terdapat beberapa sebab pelabur menjadi takut.

“Melihat kepada data hari ini, pasaran memiliki kemampuan untuk melonjak lebih tinggi dan tidak mengambil kira langsung terhadap persekitaran makro yang dilihat bertambah baik tetapi ekonomi masih rapuh,” kata Ketua Strategi Bersama di firma Pengurusan Pelaburan John Hancock, Emily Roland.

Pada awal pagi semalam, data menunjukkan bilangan rakyat Amerika mengemukakan tuntutan baharu berhubung faedah pengangguran yang turun lebih banyak berbanding yang dijangka minggu lalu tetapi nilainya masih tinggi. Fokus data seterusnya untuk para pelabur adalah laporan gaji bulanan pada hari ini.

Dalam perkembangan berasingan, satu tinjauan menunjukkan pertumbuhan industri perkhidmatan AS agak perlahan pada bulan lalu, berikutan pembukaan semula perniagaan dan rangsangan fiskal yang rendah.

Indeks Dow Jones Industrial Average .DJI jatuh 807.77 mata, atau 2.78%, ditutup pada 28,292.73, the S&P 500 .SPX merosot sebanyak 125.78 mata, or 3.51%, kepada 3,455.06 dan Nasdaq Composite .IXIC turut menurun sebanyak 598.34 mata, atau 4.96%, kepada 11,458.10.

 

Anda mungkin juga berminat