Wall Street Menghijau, US30 Melonjak Kukuh!

324

Pasaran Wall Street menamatkan dagangan lebih kukuh pada Rabu, dengan ketiga-tiga indeks utama meningkat lebih 1%.

Pelabur tampaknya terus memanfaatkan berita mengenai penjualan aset di Silicon Valley Bank (SVB), yang menyaksikan sahamnya kembali didagangkan semula.

Dow Jones Industrial meningkat 1.00% kepada 32,717.61. Sementara S&P 500 menokok 1.42% pada 4,027.80 dan Nasdaq pula lonjak 1.87% pada 12,846.03.

Indeks US30 pula melantun tinggi pada sekitar 32,696 ketika sesi dagangan Asia.

Kekuatan dalam saham teknologi mendorong lonjakan Nasdaq, melihatkan saham Amazon naik hampir 3%, Apple, Nvidia, Microsoft, Meta Platform dan Netflix menokok lebih 1%.

Selain itu, kesemua 11 sektor dalam S&P 500 juga menghijau, dengan Micron dan Intel menjadi saham paling untung selepas masing-masing melonjak lebih 7%.

Micron meramalkan penurunan dalam hasil pada suku ketiga, selari dengan jangkaan Wall Street.

Namun, ia juga memberikan prospek yang cerah untuk 2025 disokong oleh pembangunan kecerdasan buatan (AI).

Sementara itu di Eropah, indeks STOXX 600 pan-serantau melonjak 1.30%.

Sebahagiannya disebabkan oleh kenaikan saham bank selepas UBS berkata ia akan melantik semula Sergio Ermotti untuk menerajui bank Switzerland susulan pengambilalihan Credit Suisse.

Berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai pasaran mata wang? Jom sertai komuniti kami. Klik di sini untuk join.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat