Wall Street Terus Menghijau, Apakah Faktornya?

575

Wall Street terus memaparkan pemulihan dengan keuntungan lebih besar pada hari Selasa selepas data ekonomi yang menyuramkan menggoyahkan jangkaan untuk kenaikan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed).

S&P 500 mencatatkan kenaikan satu hari terbesar sejak awal Jun, manakala Nasdaq merekodkan sesi terkuatnya sejak akhir Julai, melihatkan kedua-dua indeks ditutup pada paras tertinggi lebih dua minggu.

Lonjakan itu terpapar selepas data tinjauan pembukaan pekerjaan(JOLTS) Amerika Syarikat menunjukkan penurunan bulan ketiga berturut-turut pada Julai.

Pelabur turut diperlihatkan dengan laporan keyakinan pengguna AS yang merosot lebih rendah daripada jangkaan pada bulan Ogos.

Hasil perbendaharaan AS 10 tahun susut ketara kepada 4.11%, sekali gus menyokong saham pertumbuhan, dengan Nvidia meningkat 4.2% untuk ditutup lebih tinggi.

Tesla pula melonjak 7.7%, sekali gus menyertai Nvidia sebagai peneraju utama di Wall Street.

Rentetan daripada itu, S&P 500 naik 1.45% untuk menamatkan sesi pada 4,497.63, manakala Nasdaq pula melonjak 1.74% kepada 13, 943.76 dan Dow Jones Industrial meningkat 0.85% kepada 34,852.67.

Indeks US30 pula lebih tinggi 34,866 pada sesi Asia.

Tumpuan pelabur seterusnya akan disasarkan kepada penerbitan data pekerjaan ADP sektor swasta dan bacaan kedua keluaran dalam negara kasar (KDNK) AS untuk suku kedua 2023 pada sesi New York hari ini.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat