Warner Music Group Kolaborasi Dengan OpenSea, Cipta Peluang Web3 Untuk Artis!

95

Syarikat gergasi global Warner Music Group (WMG) berkolaborasi bersama platform pasaran non-fungible token (NFT) OpenSea bagi menyediakan platform untuk artis mengembangkan peminatnya ke dalam komuniti Web3.

Tujuan utama kerjasama tersebut adalah untuk membolehkan artis WMG mendapat akses awal ciri OpenSea yang baru dan melancarkan koleksi NFT serta projek edisi terhad.

Tambahan itu artis WMG dapat memperkenalkan peminat sedia ada di OpenSea manakala peminat turut berpeluang terlibat dengan muzik serta artis dalam komuniti Web3 .

Difahamkan NFT merupakan medium kreatif baharu dan mekanisme untuk membina komuniti bersama artis.

Hal ini kerana ia dapat melibatkan diri secara langsung dengan peminat serta mengekspresikan dirinya.

Menurut Oana Ruxandra, ketua pegawai eksekutif dan naib presiden eksekutif pembangunan perniagaan di WMG, muzik memerlukan kewujudan komuniti agar dapat berkumpul meraikan muzik yang digemarinya.

Malah kolaborasi dengan OpenSea memudahkan artis mewujudkan penglibatan, akses dan pemilikan yang lebih mendalam.

Sebagai rekod, Warner Records UK dan Syarikat Web3 Probably Nothing kini berada dalam proses untuk membangunkan koleksi pertama muzik NFT bagi membina kepakaran syarikat muzik dalam dunia Web3.

Dalam pada itu, WMG bakal bekerjasama dengan pembangun permainan kad koleksi bertemakan fantasi Splinterlands untuk mencipta serta membangunkan permainan blockchain bertemakan arcade.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat