Warren Buffet Goyang Kaki Untung $40 Bilion Dari Apple

1,552

Warren Buffet nampaknya memijak tuah apabila pelaburan Berkshire Hathaway yang kini 40% daripada portfolio ekuitinya melonjak $40 bilion sejak pasaran mencapai tahap terendah pada Mac.

Berkshire membeli 10 juta saham Apple pada Mei 2016 buat kali pertama dan dalam masa empat tahun, Buffett meningkatkan taruhannya kepada 245 juta saham yang kini bernilai lebih dari $95 bilion.

Secara tidak langsung Berkshire merupakan pemegang saham kedua terbesar Apple selepas Vanguard.

Pelaburan tersebut menelan perbelanjaan Berskhire sehingga $35 bilion atau $141 sesaham. Keseluruhannya, Buffett memiliki lebih dari dua kali ganda wang dan berjaya menjana $60 bilion menerusi Apple.

Saham Apple telah meningkat lebih dari 10% pada bulan lalu, menjadikan keuntungan 2020 melonjak lebih dari 32%. Pada Rabu sekali lagi saham syarikat meningkat berikutan kemenangan jes $15 bilion cukai Ireland di Suruhanjaya Eropah.

Buffett menyifatkan keuntungannya pada kali ini merupakan perniagaan terbaik didunia dan beliau tidak memandang Apple sebagai saham, sebaliknya perniagaanya yang ketiga.

Bukan itu sahaja, Berkshire turut memiliki 533,300 saham di Amazon pada akhir suku pertama yang kini bernilai lebih dari $1.6 bilion.

Sebelum ini beliau dikritik kerana menarik diri daripada pelaburan penerbangan yang bernilai $4 bilion susulan daripada impak COVID-19.

Namun, dengan peningkatan saham penerbangan yang masih jauh dari tahap tertinggi sebelum ini, tindakan Buffett dianggap masih relevan buat masa ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat