Waspada Pelabur! Pasaran Tak Menentu Menuju Hujung Minggu

326

Pasaran mata wang mula memperlihatkan pergerakan yang tidak menentu pada pembukaan sesi Eropah, menyaksikan mata wang utama kembali menyusut dan USD sedikit meningkat.

Ini dapat disaksikan pada dolar Aussie dan New Zealand yang mencatat kejatuhan agak ketara berbanding dolar greenback apabila pasaran melangkah masuk ke sesi Eropah.

Pergerakan tidak menentu ini sememangnya sudah dijangka memandangkan hari ini merupakan hari terakhir dagangan untuk minggu ini, bulan Mac dan suku pertama 2023 yang mungkin akan menyaksikan aktiviti profit taking.

Minggu depan, akan menjadi minggu yang penting buat kedua-dua mata wang itu susulan mesyuarat polisi Bank Pusat Australia (RBA), dan New Zealand (RBNZ) akan berlangsung.

US dolar pula walaupun meningkat, tetapi masih berlegar pada sekitar paras terendah mingguannya di mana indeks dolar didagangkan pada 102.37 berbanding sekumpulan mata wang utama.

Tumpuan utama pelabur kini terarah kepada keluaran data perbelanjaan peribadi pengguna (PCE) Amerika Syarikat pada sesi New York.

Sementara itu, mata wang euro juga sedikit berundur tetapi masih kekal didagangkan kukuh pada sekitar paras ketinggian mingguannya berbanding USD menjelang terbitan data inflasi Zon Eropah.

Dalam pada itu, pound turut mengurangkan keuntungannya, dengan susut sedikit dari puncak tertinggi 2 bulan berbanding US dolar.

Bacaan akhir keluaran dalam negara kasar (KDNK) UK menunjukkan ekonomi berkembang 0.6% tahun ke tahun pada suku keempat 2022, lebih baik dari jangkaan untuk kekal dengan pertumbuhan 0.4%.

Sementara itu, yen kekal suram selepas data menunjukkan inflasi Tokyo sedikit turun daripada bacaan sebelumnya pada bulan Mac, dengan catatan 3.2% berbanding 3.3%.

Dolar Kanada pula kekal stabil pada paras tertinggi 5 minggu berbanding greenback, dengan pelabur kini menantikan terbitan data KDNK Kanada pada sesi New York.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat