Watchaaa! Bruce Lee Pun Ada Buat NFT Sendiri?

456

Be like NFT my friend, when put NFT into a cup it become the cup, when put NFT into a teapot it become the teapot.

Lagenda seni mempertahankan diri, bintang filem dan ahli falsafah, Bruce Lee bakal diabadikan dalam non-fungible token (NFT) sebagai memperingati legasi perintis seni bela diri dan ikon budaya dunia itu.

Bruce Lee Family Company, syarikat milik keluarga mendiang Bruce Lee akan bekerjasama dengan platform perlesenan NFT Ethernity untuk melancarkan koleksi NFT Bruce Lee, dikenali sebagai ‘The Formless Form’.

Difahamkan koleksi tersebut diinspirasikan oleh falsafah dan ajaran pengamal Jeet Kune Do itu. Pelancarannya dijangka berlaku pada 8 Januari 2022.

Ethernity telah mengumumkan berita tersebut di media sosial dan karya seni tersebut telah dicipta oleh Raf Grassetti, BossLogic dan Anthony Francisco.

Ini bukan kali pertama bintang dan selebriti terkenal yang telah meninggal dunia dikenang menerusi penghasilan NFT.

Beberapa figura terkenal yang diabadikan di dalam NFT termasuklah mendiang Kurt Cobain dan Tupac Shakur.

Terdahulu Yayasan Jerry Garcia telah melancarkan NFT gitaris mendiang Grateful Dead di sebuah lelongan pada May tahun lalu.

Selain itu, Ethernity pernah bekerjasama dengan Muhammad Ali Enterprises (MAE) dan melancarkan koleksi NFT Muhammad Ali yang dilelong di Sotheby’s pada Julai.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat