‘Whale’ BTC Baru Terjaga Dari Tidur Selepas HODL 8 Tahun!

4,094

Berdasarkan yang didedahkan oleh alat penjejak blockchain Whale Alert, didapati wallet Bitcoin yang tidak aktif dengan baki 407 bitcoin (lebih kurang $15.5 juta pada harga semasa) baru sahaja membuat transaksi pertamanya dalam masa yang lama. Wallet ini tidak menunjukkan sebarang aktiviti selama 8.3 tahun hanya bernilai $355,254 pada 2013. Dengan ini wallet ini telah mencatat lonjakan 4,254% pada ketika ini.

Alamat wallet didapati tidak dikaitkan dengan mana-mana individu atau firma, mencetuskan banyak reaksi daripada komuniti kripto. Ada yang mengatakan wallet itu mungkin milik seseorang yang baru keluar dari penjara manakala yang lain menghubungkannya dengan pencipta nama samaran Bitcoin Satoshi Nakamoto yang hilang 11 tahun lalu.

Wallet ini diaktifkan semula oleh pemiliknya yang tidak melakukan sebarang transaksi ke atasnya selama bertahun-tahun. Beberapa sebab wallet dibiarkan tidak aktif adalah: pelabur kehilangan kunci peribadi wallet mereka dan mengambil masa untuk mendapatkannya kembali. Kedua, individu tersebut berkemungkinan menjalani hukuman penjara. Ketiga pelabur jangka panjang yang sengaja memegang kripto mereka dengan harapan harga akan terus meningkat.

Pada masa yang sama, ada yang tidak bernasib baik kerana gagal mendapatkan semula kunci peribadi mereka yang hilang untuk mendapatkan semula akses kepada akaun mereka.Pemegang akaun ini hanya boleh melihat apabila nilai pegangan kripto mereka meningkat tanpa boleh menikmatinya.

Pada Jun lalu, wallet BTC yang tidak aktif dengan baki $11 juta telah diaktifkan semula dimana ia hanya mempunyai baki $1,894 pada tahun 2011.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat